Sabtu, Januari 31, 2009

Holiday at Singapore


Masa ni tengah window shopping kat Joo Chiat, Geylang Serai. Tak banyak kedai yang dibuka. Almaklum cuti tahun baru cina....


Di hadapan balai berlepas...semasa menghantar anak saudara (Farhana) balik ke KL.


Salah satu panorama yang ada di Changi Airport. Hiasan dalaman ini hanya sehingga 31 Januari 2009..


Di bawah blok 237 (rumah kakak saya)


Lepas penat window shopping kat Geylang Serai, singgah makan mee upeh (Mee rebus tapi letak dalam upeh) di Bedok Corner. Harga $5.50. Semput nak menghabiskannya... makan 2 orang pun boleh.. tapi memang power. Sedap...



Assalamualaikum wrt. wbt. bertemu lagi..Lamanya tak menulis. Almaklum bila saja sekolah dibuka, maka banyaklah tugas-tugas yang menanti. Hinggalah nanti sesi persekolahan sampai ke penghujungnya. Tugasan tetap menjadi kemestian. Takkan berakhir begitu saja.

Sempena cuti Tahun Baru Cina, sekolah saya bercuti selama seminggu. Seronok! tapi yang tak bestnya kena mengganti.. Tahun ini tak seperti tahun2 sebelumnya di mana kami hanya bercuti selama 2 @ 3 hari untuk perayaan ini. Ini kerana pada tahun ini, dalam sejarah sejak sekolah dibuka.. Pengetua adalah berbangsa Cina...Walaupun bilangan pelajar dan guru bangsa Cina tak sampai 100 orang (jumlah pelajar dan guru 1300 orang). Nampaknya kenalah ikut boss baru... apa yang penting..CUTI..

Ok. Cuti kali ini saya ke Singapura pula. Bukannya tak pernah pergi, selalu.. tapi kali ini memang dah niat nak bercuti (means nak merehatkan minda). Anak saudara, Zaza dan teman saya Azlina turut sama. Seperti biasa destinasi adalah rumah kakak saya di Pasir Ris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...